Pages

23 March 2011

Tunangan Halalmu Hanya Selepas Nikah

Kali nie aku nak berkongsi satu artikel dari www.iluvislam.com. Artikel nie amatlah berguna n bagus d buat panduan... kalo korang nak baca lebih byk artikel-artikel or nasihat-nasihat berguna boleh laa direct baca kat website ni http://www.iluvislam.com/ or tabloid iLuvislam edisi ke-52
Pertunangan bermaksud perjanjian yang dibuat oleh pasangan untuk melangsungkan perkahwinan. Ia adalah satu sunnah yang dituntut dalam Islam sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW kepada isteri baginda Aisyah Binti Abu Bakar dan Hafsah Binti Umar. Dengan berlangsungnya ikatan pertunangan tersebut, maka tergalaslah sebuah komitmen yang tidak rasmi pada diri seorang lelaki dan wanita yang belum berkahwin untuk mengenal hati budi masing-masing.

Islam membenarkan pertunangan sebagai cara untuk pasangan yang ingin berkahwin mengenali bakal isteri dan suami termasuklah ahli keluarga mereka sama ada dari segi fizikal dan mentaliti. Jadi sudah tidak hairan lagi pada kita jika ramai pasangan yang bercinta pada hari ini melangsungkan pertunangan sebelum mereka berganjak ke gerbang perkahwinan. Tapi silapnya pada masa kini,  fitrah pertunangan ini sudah menjadi fitnah.

Konsep Pertunangan
Menurut konsep pertunangan dalam Islam yang sebenarnya, sesebuah  pasangan perlu bertunang terlebih dahulu sebelum berkenalan dengan lebih rapat dengan pilihan hati mereka. Ia tidak lain adalah untuk menjaga kesucian sebuah perhubungan agar diredhai oleh Allah. Namun, yang berlaku pada hari ini adalah sebaliknya. Selepas berkenalan dengan pasangan masing-masing dan berpuas hati dengan sikap, perangai dan tingkah laku barulah mereka mengikat tali pertunangan. Ia sekadar menjadi petanda seseorang itu sudah mempunyai pemilik.

Bertunang tiada bezanya dengan bercinta. Ramai yang tersalah tafsir dengan adanya ikatan pertunangan, maka mereka mempunyai lesen untuk berdua-duaan, berpegang-pegangan dan melakukan pelbagai aktiviti bersama. Sememangnya dalam tempoh bertunang pasangan dibenarkan untuk mengenali dengan lebih mendalam tentang diri pasangan dan pada waktu inilah mereka perlu memanfaatkan masa yang ada untuk berkenalan tetapi kita perlu ingat, jangan sampai ia melanggar syariat yang digariskan oleh Islam.

Jauhi Perkara Zina
Kebanyakan umat Islam hari ini menganggap penzinaan itu adalah semata-mata melakukan persetubuhan haram. Sebenarnya, bukan perbuatan zina itu sahaja yang dilarang keras tetapi kelakuan dan tindak tanduk yang mendorong berlakunya perbuatan tersebut. Maksud perkataaan zina itu luas yang mana meliputi semua aspek perlakuan. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Zina kedua-dua mata itu memandang perempuan yang ajnabi, zina kedua-dua telinga itu mendengar, zina kedua-dua tangan itu menyentuh, zina kedua-dua kaki itu melangkah dan zina hati itu mengingini dan menangan-angankannya." (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Jelaslah kepada kita semua perlakuan dalam perhubungan antara lelaki dan perempuan yang sudah akil baligh dan bukan mahram termasuklah yang sudah bertunang atau tidak, melainkan yang sudah berkahwin adalah dikira zina. Ia adalah perkara-perkara yang membuka peluang dan menimbulkan dorongan sekali gus memberi laluan mudah kepada pasangan bertunang untuk melakukan permulaan zina. Ini kerana, mereka telah meletakkan diri mereka berdua-duaan di suatu tempat dan seterusnya mendorong melakukan kemuncak kepada perbuatan yang terkutuk. Apabila berdua, maka akan ada yang ketiga. Rasulullah SAW telah bersabda, "Janganlah seorang lelaki berdua-duaan dengan wanita, sesungguhnya yang ketiga di antara mereka berdua adalah syaitan." (Hadis Riwayat Imam Ahmad).

Ramai Bersubahat
Larangan berdua-duaan dan perlakuan yang membawa kepada perbuatan zina itu bukan sahaja ditujukan kepada pasangan yang bertunang sahaja tetapi termasuklah orang-orang sekeliling yang turut terbabit atau bersubahat. Ramai antara kita yang tidak sedar bahawa mereka secara tidak langsung terlibat dengan perlakuan yang hampir kepada zina. Contohnya dalam kalangan ibu bapa yang sengaja membiarkan anak-anak teruna dan gadis mereka keluar berdua-duaan. Kononnya,  ibu bapa yang 'sporting' dan memberi kebebasan serta kepercayaan kepada anak-anak mereka.

Kerana ceteknya ilmu agama dan terpengaruh dengan amalan dan budaya sosial Barat yang moden dan terkini, mereka tidak mahu dipandang kolot dan dan dilihat alim. Ramai yang menganggap apa yang mereka lakukan itu adalah perkara biasa dan sudah menjadi tradisi malah selari dengan zaman moden sekarang ini. Tambahan pula, ada ibu bapa yang sengaja membiarkan anak-anak berdua-duaan dengan tunang dan kekasih mereka kerana mengingatkan manisnya zaman percintaan mereka semasa muda dahulu dan ingin anak-anak mereka merasai nikmat alam percintaan sebagaimana mereka dahulu.

Bertunang Bukan Tiket Buat Maksiat
Fenomena keruntuhan akhlak yang berlaku dalam kalangan muda mudi sekarang khususnya yang beragama Islam boleh menyebabkan merebaknya kelahiran anak luar nikah dan sebagainya. Itu adalah antara bukti-bukti penerimaan ibu bapa dan masyarakat sekeliling kepada aktiviti berdua-duaan pada pasangan bertunang. Jangan biarkan diri terhantuk baru tengadah. Sedarlah, pengaruh budaya barat dalam bidang sosial ini harus dianggap sebagai virus berbahaya yang merosakkan budaya Islam sekaligus meruntuhkan kekuatan umat Islam.

Oleh itu, walaupun sudah bertunang, jangan anggap ia sebagai tiket untuk berdua-duaan dan menghalalkan segala bentuk perhubungan sebagaimana suami isteri. Pastikan jalinan hubungan cinta itu tidak melanggar hukum Allah dengan tidak ada pergaulan bebas, tidak berdua-duaan, tidak mendedahkan aurat, tidak meninggalkan solat dan sebagainya. Jangan jadikan hubungan tersebut perkara yang melalaikan dan merugikan. Kita masih belum menjadi hak milik pasangan kita sepenuhnya. Jagalah maruah agama, diri dan keluarga. Jangan disebabkan racun dalam percintaan ini disangka baja dan mampu menyuburkan hubungan yang dibina berkekalan kerana setiap apa yang berlaku berbalik kepada ketentuan Allah.

Cinta yang suci dan terpelihara pasti akan membawa pasangan yang sudah bertunang ke gerbang perkahwinan sehingga kemanisannya dan kebahagiaannya tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata. Ketika itulah fitrah menjadi anugerah.
 
- Artikel iluvislam.com
Tunangan Halalmu Hanya Selepas Nikah! | iluvislam.com + discover the beauty of islam

19 February 2011

Jodoh dan Takdir......

kali nie aku nak berkongsi satu lagu yg mana susunan n pengisian liriknya adalah amat bagus sekali... aku meminati sesuatu lagu tue bkn krn penyanyinya tp aku lebih tertarik kpd liriknya... Sebenarnya byk gak laa lagu yg aku suka, tp wat masa nie aku bg yg nie dulu... ada masa nnt aku share lg lagu2 lain yer... so, hayati lirik yg aku sertakan kat bwh nie...

Lagu dr kump. Misk - Jodoh dan Takdir



Selalu aku berdoa kepada Yang Maha Esa
Moga dikurnia seorang ratu di jiwa
Tempat untuk kuluahkan segala rasa
Perasaan yg tersimpan seribu satu makna

Di kala aku keseorangan
dia penghibur dan jua peneman
hati yg sayu tidak kesepian
duka dan lara tiada keresahan

Ya Allah tidak ku pinta yg menawan
tidak kuharap yg hartawan
bukan jua kerna kedudukan
cuma kudamba insan yang sepadan

Kasihnya sejati bukannya kerna paksaan
biarpun derita yg menjadi rintangan
ketulusannya yg tiada bandingan
tercipta ayu indahnya peribadi insan

kredit to: http://liriknasyid.com

11 February 2011

Tiada Hujan, Tiada Ribut.....Tapi Banjir...

Banjir bermula dari Felda Tenang, Segamat..mmg kat segamat hujan, tp air banjirnya turun ke arah pagoh...Dengan tenang jugak banjir nya melanda kawasan Pagoh, Muar...hihihi....coz Pagoh dah seminggu x hujan...tup,tup terus banjir.....so, kebanyakkan magsa x dpt berbuat apa2...just redha jer laa umah2 d tenggelami air....

Halaman rumah yg telah tenggelam
dulunya jalanraya tapi dah jd jalan air...huhuhu
YB yg sentiasa turun padang utk memberikan bantuan serta merasai sendiri kepayahan rakyat2...hehehe

kenderaan yg terperangkap  dlm banjir
tuan rumah a.k.a my father

selesai banjir...bermula laa episod mengemas lak...amat2 meletihkan....


pukul 2 pagi aku n bapak aku membasuh lantai sekeliling rumah...kagum melihat tenaga yg bapak aku ada....

 lepak membersihkan umah, esoknya aku wat2 laaa cuti bencana...huhuhuhu.... Anyway, teruja sebenarnya coz first time umah terkena banjir.....

22 January 2011

Senjata Terbaru...

Nama pon dah JEBAT, so kena laa ada senjata yang sentiasa ada di sisi. Dalam memilih senjata yang sesuai, aku telah menjalankan pemerhatian dan kajian selama setahun lebih. Senjata yang aku gunakan sebelum nie sudah menunjukkan tanda-tanda yang ianya sudah tidak mampu memberikan khidmat dengan cemerlang. Maka terpaksa laa aku mencari senjata yang baru bagi menggantikan senjata lama.

Antara ciri2 yg aku tetapkan bg menggantikan senjata sedia ada ialah:
1. Touch Screen....krn skang mmg zaman nya, so aku x laa ketinggalan sgt...
2. ada sambungan Wifi.....senang nak online tanpa bayaran...hehehe
3. GPS.....senang skit, x laa sesat jer...
4. Megapixel utk kamera lebih besar
5. Dan yg paling penting adalah 'mampu milik'....maknanya harga x laa mahal2 sgt...

Sepanjang setahun lebih membuat pemerhatian dan kaji selidik... aku telah memilih beberapa jenis senjata pengganti.... Antaranya adalah:


NOKIA 5800 XpressMusic nie merupakan henpon NOKIA yg terawal guna Touch Screen. Ofismate aku ada yg dah beli henpon nie, so aku cuba mengenali senjata nie dgn lebih dekat..Tp malangnya kamera dia hanya 3.2 megapixel, beza 1.2 megapixel jer dr senjata lama...dan ada fungsi2 nya yg kurang menarik perhatian aku..so, aku membuat keputusan untuk tidak memilikinya..

NOKIA N97 adalah senjata yg hampir memenuhi ciri2 yg aku telah tetapkan… aku dah mmg niat nak sambar jer satu… tp harga pengenalan dia adalah tidak mampu milik bg aku iaitu RM2500… Maka aku terpaksa tangguhkan dulu niat sementara mengumpul modal… selang beberapa bulan, tiba2 aku tgk adik aku dah guna dulu NOKIA N97 nie… apalagi, aku pon wat laa sesi pengenalan ngan senjata nie….setelah puas aku explore, mmg ianya boleh memenuhi ciri2 yg aku tetapkan… Cuma ada sedikit kelemahan kerana ianya menggunakan Operating System @ versi software yg sama dgn NOKIA 5800 XpressMusic.. so, tangguh lg untuk membeli senjata terbaru….
Pada awal tahun 2010, aku telah terbaca bahawa NOKIA akan mengeluarkan sebuah senjata yang amat berkuasa dan menggunakan Operating System yg baru. Tapi x dpt d pastikan bila NOKIA akan lancarkan nya... maka aku memasang impian untuk memilikinya… Selang beberapa bulan, kekanda ku membeli Sony Ericson SATIO.. ciri2 yg trdpt pd SATIO telah mengalahkan NOKIA N97, tapi jauh skali utk mengalahkan kehebatan senjata yg aku idam2 kan tu….
Maka pada bulan September 2010, NOKIA Malaysia telah mengumumkan pelancaran bg senjata yg aku telah idamkan selama ini….Harga pengenalan adalah sangat menakjubkan iaitu RM1690…maka makin teruja laa aku nak memilikinya…. Bertepatan pelancaran blog nie (22/12/2010), mlm nya aku pergi laa mencari senjata idaman aku n trus beli…aku amek kaler hijau apel.....hahahaa… Akhirnya, ia menjadi milikku jua….

Ciri2 terhebat yg ada pd senjata nie tp xde pd i-Phone, Blackberry, or Android…
1.       Kamera 12 megapixel.. wat masa nie Cuma SATIO n NOKIA N8 jer yg 12mega…
2.       Full HD… kualiti video dia mmg superb…High Definition laa katakana…
3.       USB-To-Go (cucuk jer pendrive or portable hardisk korang kat henpon nie, then transfer file) hebat kan….hehehe…
4.       HDMI port (leh sambung henpon nie trus ke TV LCD/LED korang) so, bayangkan  tgk gambar or video yg korang snap kat TV korang yg 40 inci tue…hebat kan……
5.       FM Transmitter…. Korang penah guna Modulator kat dlm keta kan, so fungsinya sama….korang leh dgr lagu2 yg ada kat dlm phone nie direct kat mana2 radio….
6.       Screen yg kalis calar….aku brani wat percubaan gores ngan pisau or kunci kat dpn korang…hehehe….skang nie pon aku x guna sebarang screen protector utk melindungi screen.
7.       Harga yg amat berpatutan (RM1500)…. Harga pengenalan RM1690, tp kat muar aku leh dpt harga RM1500 utk original set (AVAXX)…
Cukup laa rasanya aku bg 7 kelebihan pd NOKIA N8 nie yg mana pd pandangan aku I-Phone, Blackberry, Android or Samsung Galaxy sukar untuk tanding…. Berbaloi-baloi beb!!!

Sekian..
- J.E.B.A.T -